Monday, April 14, 2014

Masalah rambut botak dan gugur


rambut-botak-dan-gugur
Selain mengamal ubat-ubat Homeopathy untuk mendapat rambut yang cantik, lebat dan bersinar, saya sertakan tip-tip percuma. Bahan-bahan yang ada di dapur anda boleh digunakan untuk merawat rambut yang bermasalah, cubalah…
    1. Tip untuk rambut yang hitam dan berkilat
Campurkan 5 sudu besar minyak zaitun bersama 2 biji telur atau 2 sudu madu lebah dicampur dengan 5 sudu minyak zaitun, lumurkan keseluruh rambut. Balut kepala dengan plastic, yang mudah boleh guna “shower cap” dan biarkan selama 15 minit dan bilas. Amalan ini boleh dilakukan 1 kali seminggu.
  1. Selepas shampoo rambut anda lumurkan 1 cawan jus lemon yang baru diperah dan diurut-urut ke kulit kepala dan bilas selepas itu. Guna conditioner yang biasa anda guna untuk bilasan terakhir bagi membuang segala kotoran.
  2. Bagi merawat rambut yang rosak anda boleh gunakan pisang, caranya ramas pisang dan dicampur dengan beberapa titis minyak almond dan urut-urut ke rambut. Biarkan selama 15 minit dan bilas dengan air soda kemudian shampoo (sebaik-baiknya shampoo herba) dan conditioner.
  3. Masalah rambut gugur dan botak, anda boleh mengamalkan urutan minyak arnica setiap hari, ia telah terbukti dengan maklum balas pembeli minyak arnica yang dipakej bersama-sama set rawatan rambut gugur dan botak. Ambil pemakanan yang kaya dengan protein seperti sayur-sayuran hijau, karot, buah manga, apricot kering dan juga cereal.
  4. Premature greying hair (beruban sebelum waktunya)
Jika emak atau ayah anda telah beruban pada usia muda, secara genetiknya anda juga berkemungkinan akan mengalaminya pada seawal usia 40an atau lebih awal. Uban adalah proses semulajadi bila pigmen atau melanin rambut gagal untuk menghasil pigmentasi lalu terjadilah uban apabila usia meningkat.
Uban juga boleh terjadi pada usia remaja walaupun anda tidak mempunyai keturunan. Beberapa amalan cara hidup seperti berikut akan mengakibatkan anda akan beruban lebih awal :
    1. Jika anda adalah perokok tegar atau peminum alcohol
    2. Gagal mengawal stress yang berpanjangan
    3. Terlalu kerap mengambil kopi dan the
    4. Pengambilan secara berlebihan makanan berlemak dan makanan berasid seperti jeruk
Untuk melambatkan proses beruban, anda perlu mengamal gaya hidup sihat seperti meninggalkan tabiat seperti di atas dan mengambil :
  1. Mengambil makanan yang kaya dengan protein seperti bijirin cereal, soya dan daging
  1. Mengambil makanan yang kaya dengan zat besi, mineral dan vitamin A dan B.
  • Sumber semulajadi Vitamin A – sayuran yang berdaun hijau gelap dan buah yang berwarna kuning.
  • Sumber asli Vitamin B – sayuran segar berwarna hijau, pisang, tomato, sereal, yogurt dan lain-lain
  • Sumber asli mineral seperti zat zinc, besi dan tembaga – zinc - daging merah, ayam dan sayuran hijau , zat besi – daging, apricot, telur, bijirin dan biji bunga matahari, zat tembaga – ketam dan tiram dan gandum.
Masalah rambut gugur,botak, beruban pada usia muda (premature greying hair) telah menjadi kebiasaan didalam kehidupan pada masa kini. Jika dahulu 30-40 tahun lalu, hanya orang tua sahaja yang mengalami masalah rambut beruban atau mengalami masalah rambut botak. Kini perkara ini sudah menjadi lumrah disebabkan faktor pemakanan dan gaya hidup ,masalah botak atau beruban boleh ditemui pada remaja belasan tahun.
Rawatan rambut  secara perubatan homeopathy
Pelbagai produk dipasaran dengan harga yang mahal dan dengan testimonial yang mengoncang iman pembeli, ubat dan produk Homeopathy berpendapat masalah rambut gugur, beruban pada usia muda dan botak perlu dirawat secara dalaman atau mengambil ubat Homeopathy secara oral (makan) bukan hanya sekadar di luaran sahaja. Seperti Silicea, Cal,phos, Lycopodium, Phosporic acid dan banyak lagi ubat-ubat yang boleh dipreskripsi secara individu atau secara combo.

Saturday, April 12, 2014

Maksud Posisi Jerawat Terhadap Tahap Kesihatan.


Hai2 semua..adakah anda rindu saya???owh pastinya tidak bukan...
hahha...ok guys girlss..kali nih aku nak bagi korang2 semua
 sedikit info tentang jerawat...wah..kemain kau jah..bukan tips
 untuk hilangkan jerawat tau..tapi INFO..ahh mesti korang bosan..
sapa yang x tau pasal jerawat..budak yang  x pegi sekolah pun
 dah expert pasal jerawat,.bintik2 yang merah2 berair atau bernanah tu kan..hek3.


ok2 sebelum tuh, aku nk tanya, korang punya jerawat kerap kali 
tumbuh kat bahagian mana?? pipi??dahi??hidung??dagu??badan??
rambut??eyh tipu sangat rambut tuh..yang tumbuh kat rambut tuh 
bkan jerawat tapi kutu..ahakksss... and one more question..
tahukah anda2 semua yang posisi jerawat korang tuh mempunyai
 maksud tersiratnya yang tersendiri terhadap kesihatan korang???
ha x tau kan..ok meh sini teman nak kabo kat kome..
info nih teman dapat hasil dari research teman pasal jerawat.
.ha tengok..research final year projek pun teman x buat sibuk
 buat research pasal jerawat...alahaaiii...

aku tau rasenya dah banyak blog kasi tau info yang sama..
korang search je posisi jerawat..beratus2 blog yang kuar cite
 pasal benda alah nih..aku bukan ape..hari tuh jerawat 
tumbuh banyak gila kt pipi kanan aku..satu dah nak hilang,
naik lagi satu..macam berlumba2 tunggu turn je nak kuar
 dari muka aku nih..tension kot..tuh baru seketul dua..kalau 
orang yang penuh jerawat satu muka tuh mesti stress
 gila2 kan..dah la sakit..kasi muka x cun plak tuh..adehh..
boleh menghilangkan keyakinan diri betul..ok dah lets start..


Jerawat kat DAHI



Jerawat kat dahi nih sebenarnya berpunca dari haba badan 
kita yang melampau dan peredaran darah yang tidak baik. 
Orang yang ada jerawat kat dahi ni selalunya panas baran.
p/s: wah..betul ke??mungkin jugak betul..dulu pun aku penah 
tumbuh jerawat besar kat dahi..lepastu aku terhantuk dinding..
tepat2 kena kat jerawat tuh..arrgggghh...jangan cakap la 
sakitnya..aku rasa nak pecahkan je dinding tuh..hahha..
xpasal2 keluar baran aku..ngehhh3..
Untuk elakkan jerawat naik kat dahi, korang2 semua
 dinasihatkan supaya mengamalkan tidur awal serta
 bangun awal. Selain itu pastikan korang dapat tidur
 yang cukup dan minum air banyak. p/s: kalau study week aku
 rase x mustahil jerawat byk tumbuh kat dahi..x de mknenye tido awal..ye dak??



Jerawat kat HIDUNG



Kalau jerawat di batang hidung, ianya bermaksud tulang
 belakang korang  mungkin bermasalah. 
kalau tumbuh kat hujung hidung (betul-betul kt hujung tengah2) 
pulak mungkin disebabkan haba perut melampau dan 
sistem penghadaman yang tidak normal. 
Dan kalau kat salah satu hujung hidung (belah kiri atau belah kanan hujung)
 pula boleh dikaitkan dengan ovari atau sistem reproduksi yang
 mempunyai masalah.p/s: aku rasa kalau untuk perempuan, 
selalunya tumbuh kat salah satu hujung hidung time
 tengah datang bulan kot. mungkin boleh lebih alert lepas ni..
kalau bukan time datang bulan, mungkin ada masalah lain..
kene jumpa pakar sakit puan la..wahh cuak x..cuak x..ngeh3.



Jerawat kat DAGU



Kalau jerawat tumbuh kat dagu korang pulak, berkemungkinan 
fungsi buah pinggang korang telah terjejas atau sistem endokrin 
(rembesan dalaman) lemah. Untuk kaum wanita yang mudah
 mendapat jerawat di sekitar dagu mungkin berpunca daripada 
haid yang tidak teratur dan sistem peranakan yang bermasalah.
p/s: ha nih salah satu posisi lagi yang perlu kaum perempuan alert..



Jerawat kat PIPI



Jika jerawat tumbuh di pipi kiri, fungsi hati mungkin kurang lancar
 seperti dilanda masalah rembesan, menyahtoksin dan penghasilan darah. 



Jika di sebelah pipi kanan, fungsi paru-paru berkemungkinan tidak normal.
p/s: hari tuh aku tumbuh banyak jerawat kat pipi kanan mungkin
 disebabkan batuk berpanjangan yang aku alami..yela..bila
 kita batuk kan melibatkan bahagian paru2..so ada rasional jugak disitu kan...ngeh3



Jerawat kat BADAN (Belakang dan Depan)



Bagi jerawat yang tumbuh di belakang atau depan badan ianya
 memberi petanda kemungkinan sistem perkumuhan bermasalah,
p/s: sembelit mungkin...hehheh korang dinasihatkan supaya
 mengamalkan pemakanan yang sihat bagi memastikan toksin 
tersingkir dengan lebih baik.ha perbanyakkan la makan buah. 
kalau boleh dan berkemampuan..amalkan memakan yogurt..

Ha jeng3...mesti korang tengah tengok2 jerawat yang ada kat 
muka korang tuh kan..hahha...rileks2..apa yang aku ceritakan
 diatas hanyalah info2 yang aku dapat hasil dari kajian aku di internet..
betul atau tidak aku tidak pasti..korang boleh tanya doktor kalau
 rasa ragu2 eyh..aku cuma share je..sharing is caring right???
hohoho..ok nih ringkasan secara keseluruhan yang ada sedikit
 penambahan dari info2 di atas..

Wednesday, April 9, 2014

Kenali Punca Masalah Rambut Dan Cara Mengatasinya 

Sebelum menangani masalah rambut,kenal pasti kumpulan rambut anda terlebih dahulu.Jenis rambut dapat membantu anda mencari jalan penyelesaian yang sesuai.Semua masalah rambut boleh selesaikan sendiri tanpa perlu ke salun.ada beberapa jenis rambut,yang mana satu jenis rambut anda??
RAMBUT NORMAL
Jika anda memiliki rambut jenis ini,anda bertuah!Ia tidak akan mengumpal (kusut),berminyak,dan tidak kering.Kebiasaannya rambut begini adalah faktor keturunan.Jika anda mengamalkan teknik cucian yang betul dan rajin mengoleskan perapi,ia akan bertambah sihat.
Rutin cucian : Gunakan syampu untuk rambut normal.apabila rambut sudah terlalu letih (kerana sudah lama tidak di letakkan perapi),gunakan syampu perapi.Kerja senang,jimat masa!
Rawatan : Pastikan potongan rambut lebih ringkas dan usah melakukan sebarang proses kimia terhadapnya.Ia adalah bagi mengekalkan kesihatan semula jadinya.Rawatan urutan atau minyak panas adalah yang terbaik buat kalian yang memiliki rambut normal.
RAMBUT BERKELEMUMUR

Kelemumur boleh terjadi kerana dua faktor.Sama ada keadaan rambut yang kering mahupun berminyak.Ia berlaku kerana penghasilan sebum berlebihan pada kulit kepala anda.Ada dua jenis kelemumur.
KELEMUMUR KERING
  • Berwarna putih dan lebih “ringan”.Kebanyakan orang mengalami masalah kelemumur jenis ini.
KELEMUMUR BERMINYAK
  • Ia berkuping,lembap dan berbau kurang enak
Rutin cucian : Gunakan syampu dan produk rambut khas bagi mengatasi masalah kelemumur.
Rawatan : Anda boleh mencari produk rambut yang sesuai di farmasi atau berjumpa dengan pakar rambut.Perawatan rambut secara disiplin di salun akan membantu menghilangkan  kelemumur.
RAMBUT BERMINYAK
Rambut jenis ini biasanya sangat berkilat dan mudah berbau.Ia tidak kembang,tetapi melekap pada kulit kepala.anda harus melurutnya dengan jari berkali-kali bagi mengelakkan ia kelihatan “bertepek”
Rutin cucian : Jangan sesekali menggunakan syampu yang mempunyai kandungan kimia yang “berat”,Ia akan menyebabkan kulit kepala anda bertambah berminyak dan cenderung untuk gugur.amalkan cucian secara kerap dan letakkan perapi pada hujung rambut (usah terlalu kerap).Gunakan syampu jenis mild.
Rawatan : Elakkan produk rambut yang mempunyai kandungan minyak yang tinggi seperti serum.Ia akan menyebabkan keadaan rambut anda menjadi lebih teruk.Gunakan pengering rambut untuk mengeringkan rambut anda.Walaupun begitu,berhati-hati dengan habanya supaya tidak  mengeringkan kulit kepala anda.
RAMBUT KOMBINASI
Rambut jenis ini biasanya berminyak pada akar rambut tetapi kering pada bahagian hujungnya.Rambut boleh mengalami masalah ini kerana penggunaan produk rambut secara kerap.
Rutin cucian : Gunakan syampu jenis lembut dan bilas bersih selesai di cuci.Ia bagi mengelakkan sebarang bahan kimia melekat pada kulit kepala dan menimbulkan masalah lain.
Rawatan : Gunakan perapi jenis leave-in untuk memperbaiki rambut dari akar sehingga ke hujungnya.
KULIT KEPALA KERING
Jika terdapat kepingan-kepingan kecil pada rambut anda,ia tidak semestinya kelemumur.Boleh jadi ia kepingan kulit kepala (sel mati) yang telah kering.Masalah ini boleh berlaku akibat kekurangan air dalam badan seseorang.
Rutin cucian : Gunakan syampu lembut dan khusus untuk perawatan kulit kepala.Fokuskan kepada urutan lembut pada kulit kepala dan elakkan dandanan melampau (menggunakan produk dengan bahan kimia).Bilas syampu dengan sempurna usai bersyampu.Anda digalakkan untuk menggunakan produk rambut berasaskan bahan semula jadi…




Tuesday, April 8, 2014

jerawat 0o0 jerawat


Kali ini saya nak berkongsi dengan anda tentang jenis-jenis jerawat. Jadi kebanyakkan nama jerawat ini dalam bahasa omputih. Kalau ditukarkan ke dalam B.Malaysia buruk bunyinya, jadi saya kekalkan ia dalam bahasa asalnya.

Jerawat adalah radang kulit dapat dilihat bengkakkan kulit yang disebabkan oleh aliran keluar sebum. Peningkatan aliran sebum akan menyebabkan tersumbatnya liang-liang kulit. Berapa jenis jerawat agaknya? Terdapat 6 jenis jerawat yang utama. Mari kita lihat jenis-jenisnya:

Jerawat vulgaris - ini mungkin jenis yang paling biasa dialami dan ia amat mudah dikenal pasti. Jerawat ini biasanya datang bersama whitehead, bintik hitam, papules, pustales yang disertai dengan nodul yang amat menyakitkan. Jenis ini biasanya dapat dirawat dengan krim atau rawatan semulajadi.

Jerawat Rosacea - bintik dari jenis ini kelihatan serupa denganjerawat vulgaris, Selain itu ia juga berbentuk seperti ruam pada pipi, hidung, dahi dan dagu. Biasanya jenis ini akan berakhir dengan lebam dan bintik hitam. Jenis jerawat ini biasanya dideritai oleh wanita dan mereka yang berusia 30 tahun keatas. Jerawat jenis ini adalah sedikit lebih ekstrem dari vulgaris dan ianya memerlukan rawatan yang lebih 'berkuasa'.

Jerawat Conglobata - jenis yang paling teruk dan biasanya dihidapi oleh lelaki. Ia dapat dikenali dengan kesan luka besar diseluruh muka. Terdapat juga bintik hitam yang terhasil dari jerawat ini. Jenis ini akan menyebabkan kerosakan yang serius pada kulit dan parut dari masa ke semasa. Produk yang mengandungi isotretinoin adalah yang paling berkesan untuk merawat jerawat jenis ini.

Jerawat Fulimans - Jenis ini biasanya dihidapi oleh lelaki yang berusia muda dan datang dengan tiba-tiba. Ia adalah berbeza kerana ia biasanya diikuti dengan demam dan sakit sendi, tetapi boleh dirawat dengan ubat steroid atau produk yang mengandungi isotretinoin.

Folliculitis gam-negatif - Jerawat jenis ini adalah yang amat jarang ditemui. Ia datang bersama postules dan sista. Ia adalah hasil komplikasi akibat rawatan jangka panjang antibiotik jerawat vulgaris. Seperti jerawat yang lain ia dapat dirawat dengan isotretinoin.

Pyoderma Faciale - Biasanya dihidapi oleh wanita yang berusia 20 dan 40 tahun. Jika diserang oleh jerawat ini akan merasa sakit dan juga kudis jerawat yang akan meninggalkan kesan parut. Datang secara tiba-tiba seperti jerawat fullimans tetapi terhad kepada muka dan biasanya akan hilang kurang dari setahun.

Saya dapat agak tentu anda tidak suka walau satupun antara jenis diatas hinggap dimuka anda. 










Jadi jagalah kebersihan dan diet anda. Jika anda ragu-ragu dapatkan nasihat pakar.

Thursday, March 20, 2014

ori ke tok ehh. .

Pembedahan mungkin membuat anda lihat lebih cantik tetapi ianya banyak kesan negatifnya. Antaranya perubahan pada kedudukan muka serta anda mungkin tidak dapat mengunyah makanan dengan elok. Namun ianya bukan satu alasan untuk mereka di Korea Selatan untuk tidak melakukan pembedahan terutamanya artis K-pop. Plastiv like Min-ho oh min-ho...





Tuesday, March 4, 2014

al- kisah

TAHUKAH ANDA SIHAT DAN CANTIK ITU PENTING DALAM KEHIDUPAN SEHARIAN KITA? 

haa. . sambil2 tu iman nak gitau tips2 ntuk hlangkan jerawat, bekas jerawat dan kedut2 yang ada dekat muka korang . .  =)  


# TIPS UNTUK HILANGKAN JERAWAT ATAU BEKAS JERAWAT

1. Basahkan muka dgn air panas suam (untuk membuka pori kulit supaya kulit dapat menyerap dengan lebih effektif)

2. Kemudian basuh muka dengan pembersih muka (sebaik2nya gunakan pembersih muka yg berasaskan air atau produk2 yang bebas daripada bahan kimia).

Tips # biarkan pembersih muka itu di muka sekurang-kurangnya 3minit hingga ke 5minit - urut muka arah keatas dan arah keluar dengan lembut sementara menunggu.

3. Bilas muka dengan air sejuk (supaya dapat menutup kembali pori kulit yang telah terbuka tadi)

4. Setelah kulit muka kering jangan lupa sapukan toner. TONER adalah wajib untuk merawat kulit bermasalah.

5. Kemudian sapu secara rata dengan 2drops sahaja JALINAN QASEH BEEAUTY SERUM ke leher dan kulit muka. (gunakan 2drops pada waktu pagi dan 2drops pada waktu malam)

# Kami akan dedahkan cara mudah untuk menghilangkan jerawat batu atau jerawat yang bernanah dalam masa 3hari secara PERCUMA.