SERBA SERBI TENTANG MASALAH JERAWAT......
Rasanya memang ramai yang tak suka dengan masalah kulit yang
satu ni, tak lain tak bukan iaitu masalah jerawat terutama buat kaum
wanita, sehinggakan ada yang sanggup taknak keluar rumah
sebab malu wajah banyak berjerawat. Sebenarnya banyak sebab
yang menyebabkan wajah berjerawat ni seperti faktor kebersihan,
stress dan hormon, faktor persekitaran, cuaca dan sebagainya.
Selain itu, makanan yang tidak sihat juga pembawa masalah jerawat.
Makanan yang digoreng
Jenis minyak yang kamu makan setiap hari mampu memberi
impak yang sangat besar pada kesihatan kulit. Sekiranya kamu
mengambil lemak minyak yang tidak sihat, tubuh akan dipaksa
untuk menggunakannya bagi membentuk sel kulit baru.
Sel-sel kulit tidak akan berfungsi dengan baik.
Akhirnya, jerawat dan penyakit kulit yang lain akan wujud.
Jenis makanan gorengan yang sering menyebabkan jerawat ialah:
1. Kentang goreng
2. Donat
3. Ayam goreng
Makanan tinggi gula
Tahukah kamu gula ialah racun bagi tubuh dan secara tidak
langsung ia boleh menyebabkan jerawat? gula akan
menekan sistem kekebalan tubuh dan memberi kesan pada
penurunan pertahanan tubuh terhadap jangkitan bakteria
yang merupakan salah satu penyebab jerawat. gula juga boleh
mengganggu penyerapan kalsium dan magnesium yang menjadi
mineral penting untuk kulit optimum. Makanan tinggi gula yang
menjadi penyebab jerawat adalah:
1. Ais krim
2. Coklat
3. Biskut
4. Bijirin
Makanan tinggi karbohidrat
Karbohidrat yang paling penting ialah glukosa, gula sederhana
(monosakarida) yang dimetabolisme oleh hamper kesemua
organisma. Semua karbohidrat akhirnya diubah menjadi glukosa,
yang kemudian diubah menjadi glikogen untuk penyimpanan dalam tubuh.
Perlu diketahui ialah tubuh manusia memerlukan hanya sejumlah
tertentu glukosa agar berfungsi dengan baik. Sekiranya kamu
makan karbohidrat lebih daripada yang apa diperlukan oleh tubuh,
maka masalah kesihatan seperti diabetes dan jerawat boleh berlaku.
Berikut ialah makanan tinggi karbohidrat yang boleh membawa
jerawat seandainya dimakan secara berlebihan, antaranya:
1. Beras putih
2. Pasta

No comments:
Post a Comment