Wednesday, February 5, 2014

mandi jom mandi. .




DIRI KITA JADI LEBIH 

HEBAT HANYA DENGAN

MANDI...


Cuaca di Malaysia yang panas dan lembab ini menyebabkan kita mudah berpeluh seterusnya membuatkan badan kita berbau. Sebab itu kita disarankan mandi sekurang-kurangnya 2 kali sehari.
11-Diri-kita-jadi-lebih-hebat-hanya-dengan-mandi-1
Mungkin anda perasan ataupun tidak,  mandi sebenarnya mampu menjadikan diri kita lebih hebat, segar, ceria dan bersemangat. Cuba perhatikan situasi di bawah:
Situasi 1:
Ali balik kerja waktu petang dan terasa malas mahu mandi. Perancangan Ali pada waktu malam adalah untuk siapkan sedikit kerja yang tertangguh. Selepas maghrib Ali terus sambung buat kerja tetapi otak Ali jadi serabut.  Jadi Ali ambil keputusan untuk mandi memandangkan kerja tidak dapat disiapkan. Selepas mandi Ali berasa segar dan bersemangat untuk siapkan kerja. Alangkah baik kalau Ali mandi lagi awal.
Situasi 2:
Hari ini waktu cuti sekolah hari sabtu. Waktu pagi Ahmad telah rancang untuk duduk di rumah sambil membaca buku. Memandangkan ini hari cuti jadi Ahmad malas untuk mandi pagi. Sebaik sahaja habis sarapan dia terus membaca buku. Selepas habis beberapa halaman buku dia terasa mengantuk dan terus tertidur. Apabila terbangun dari tidur dia terus pergi mandi dan dirinya terasa sangat segar dan membaca buku dengan fokusnya. Bayangkan kalau Ahmad terus baca buku selepas bangun dari tidur.
Situasi 3:
Roslan tiba di rumah hampir pukul 7 malam. Rutin hariannya akan solat di masjid berdekatan rumah sebaik sahaja masuk waktu maghrib. Semasa solat Roslan tidak dapat khusyuk dalam solat. Dirinya rasa tidak selesa, berbau dan penat. Semua perasaan itu membuatkan dirinya tidak bersungguh untuk fokus dalam solat.
Satu hari dia balik rumah terus mandi sebab terkena hujan masa balik dari pejabat. Semasa solat di masjid, dia terasa dirinya lebih segar, bersih, wangi dan fokus dalam solat. Kekhusyukan dalam solat Roslan kali ini lebih daripada biasa.
Situasi di atas adalah contoh yang menunjukkan kelebihan apabila kita mandi. Oleh itu, setiap kali kita ingin memulakan kerja yang perlukan fokus dan motivasi pastikan diri kita bersih dahulu dengan menyegarkan badan melalui mandi.


No comments:

Post a Comment