Saturday, February 8, 2014

masalah tuan & puan

Masalah kulit di kemaluan

KULIT lapisan kerandut buah zakar adalah kulit yang tipis, 
lembut dan mengandungi pembuluh darah yang banyak serta 
lapisan otot lembut digelar ‘Dartos‘. Apabila otot lembut 
mencengkam, kerandut buah zakar mengecut dan menjadi padat.
Jika otot itu lega, kerandut buah zakar akan mengendur. 
Terdapat banyak bulu roma yang tebal di keseluruhan 
kulit kerandut buah zakar, selain pundi pelembap 
semula jadi dan juga pundi peluh.
Masalah kulit di kemaluan_1
Kerandut buah zakar ini mengawal suhu buah zakar 
supaya kilang sperma sentiasa aktif. Jika bulu roma dicukur 
dan kebetulan pundi pelembap semulajadi terkandas, maka 
benjolan akan kelihatan di kawasan yang dicukur. Jarang kali pundi
 pelembap semula jadi itu radang dan benjolan di bahagian 
kulit itu kelihatan seperti jerawat. Jika dipicit akan keluar 
cecair berwarna kekuningan. Jarang kali kulit kerandut buah
 zakar kelihatan bertompok seperti ada takungan darah beku. 
Keadaan ini adalah semulajadi dan ketumbuhan 
ini dikenali sebagai ‘Angiokeratoma‘ iaitu ketulan 
kupingan lapisan kulit pembuluh darah yang 
muncul berdekatan kulit.
Masalah kulit di kemaluan_1
Jika kulit itu tercedera seperti ketika tersentuh dengan kuat atau melecet, darah akan mengalir keluar. Untuk menghentikan darah itu, bahagian yang luka perlu ditekan dengan pembalut atau ‘bandage’.
Bagi mereka yang mengalami masalah ini iaitu masalah ketulan darah seakan-akan darah beku, anda berkemungkinan mengalami penyakit atau masalah kulit yang bergelar ‘Angiokeratoma’. 
Jika ketumbuhan itu pecah, cara
 menghentikan pengeluaran darah ialah dengan 
menggunakan ais untuk membekukan pendarahan itu.
Masalah kulit ini tiada penawar. Namun ia bukan 
kanser dan ia ‘tidak merbahaya. Ia boleh berlaku pada 
bila-bila masa dan ketulan itu boleh muncul di mana-mana 
bahagian kerandut buah zakar. Anda boleh rujuk 
kepada doktor untuk mengesahkan masalah sebenar. 
Jika masalah kulit adalah seperti yang saya katakan
tadi iaitu ‘Angiokeratoma’,
 ia adalah penyakit yang tidak mempunyai penawar.
Begitupun, cara untuk mengendalikan ketumbuhan
yang berdarah itu ialah dengan membekukannya iaitu 
mengunakan laser atau
 membalut dengan pembalut atau ‘bandage’.
Ingin saya jelaskan di sini, jika penyakit itu adalah 
‘Angiokeratoma’, hanya satu cara untuk merawatnya iaitu
] dengan pembedahan ‘kosmetik’ iaitu rawatan secara 
luaran saja. Saya pasti, ramai golongan lelaki di luar sana
 menghadapi masalah seperti ini kerana saya 
kerap menerima soalan sedemikian. Jadi, segera berjumpa 
pakar atau doktor dan kenal pasti adakah ia seperti
 yang saya maksudkan atau tidak. ~~ Doktor Pakar

No comments:

Post a Comment